Thursday, October 4, 2007

Mudahkah Untuk Menemui Cinta

Seringkali kita kesali cinta yang tak mampu kita pertahankan. Seringkali kita salahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri yang tak mampu lakukan.
Mungkin mudah untuk kita mencari yang lain. Tapi adakah mudah untuk kita temui org yg benar2 sesuai untuk kita? Atau adakah kita yg terlalu memilih?
Kerana kita sering mahukan yg terbaik dlm hidup, kita juga mahukan pasangan terbaik untuk hidup kita.
Ada orang yang mahu pasangannya cantik atau kacak. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih cantik atau kacak, dia mula berubah perasaannya. Ada org mahu pasangannya kaya dan berharta. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih kaya dan berharta, berubah juga perasaannya.
Bukankah lebih baik kita tanam dalam hati, pasangan yg kita perlukan sebenarnya adalah org yg kita percaya dan dia juga mempercayai kita. Kita perlukan org yg jujur, samada kata2 ataupun perbuatan. Kita perlukan org yg sering membuatkan kita ketawa, dan turut bersedih ketika kita dalam kedukaan. Dan kita perlukan org yg tak pernah dan tak akan mengambil kesempatan atas kepercayaan yg kita berikan.
Andaikata ada antara kita yg telah melakukan kesilapan terhadap pasangan, jgnlah letakkan ego sebagai penghalang. Mungkin sukar untuk melafazkan maaf. Namun kata maaf itu lah sebenarnya perkataan magis yg tiada ganti.

2 comments:

Anonymous said...

pilih pasangan kacak,cantik,banyak harta etc tu sume x penting..
plg pntg skali pasangan bleh hidup ssh sng same2..
cube pikir kan!!

Anonymous said...

niat...kalo niat tu bengkang benkok, alamat mmg x berkekalan la jdnya.

terimala seadanya kalo betul2 ikhlas. itu lebih berkat pd saye. ;)

AMOR LOVE AMOR CINTA

It'll all get better in time right? No matter how hard....

CANTEKK?????

CANTEKK?????