Friday, October 5, 2007

Hargai Kekasihmu

Kita tidak mampu mencari cinta. Kita tidak mampu menemui cinta. Tapi cinta akan datang secara tiba-tiba. Dan ketika ia datang, hargailah ia. Kerana ia satu anugerah yg bukan semua insan dapat merasainya.
Kadangkala ketika kita bercinta, kita sering mencari kesilapan pasangan kita. Sering menuduh pasangan kita dengan berbagai andaian dan syak wasangka. Hentikan. Kerana ia mungkin akan menjadi satu doa sebenarnya.
"Kenapa kamu balik kerja lewat? Kamu jumpa org lain ke?"
"Satu hari nanti kamu mesti tinggalkan saya kan? Betul tak?"
"Saya asyik terfikir yang kamu akan curang kat saya"
Dan bila ia benar-benar berlaku, baru kita sedar, 'doa' itu telah dimakbulkan..
Kenapa tidak sentiasa katakan perkara yang positif?
"Kamu balik kerja lewat? Kamu jaga diri k. Semoga Tuhan memberi rezeki yang lebih pada kamu"
"Saya sentiasa yakin yang kita akan kekal selamanya"
"Saya sayang sangat pd kamu, terima kasih kerana menjadi org yg setia pd sy"
Bukankah ia lebih manis? Kata2 itu bukan shj satu harapan, tetapi juga satu doa..
Dan andaikata kekasih kita telah melakukan kesilapan, jika benar kita sayangkan dia, jgnlah jadikan kesilapan itu sebagai alasan untuk mencari lagi kesilapan-kesilapan lain. Kenapa perlu kita memandang satu kesilapan yg dia lakukan sedangkan ada sepuluh lagi kebaikan yang dilakukannya untuk kita?
Indahnya dunia jika setiap insan saling memperbetulkan kesilapan masing-masing dan sentiasa maaf memaafkan..

3 comments:

Meen Zuleyka said...

kdg2 berfikiran negatif pun bagus jugak daripada selalu positif...sekurang-kurangnya tak kena tipu hidup2...

Redbloodsnow said...

amor...
i really like ur post entry diz one.

boleh x kiter letakkan kat dlm blogs kte???

:)

mintak izin dulu ni taw

RhyZe said...

betul3! stuju sangat ngan pandangan u... bila dah jumpa yang betul2 srasi ngan kta.. dua2 pun senang nak berbicara.. letak ego ke tepi.. masing2 cuba beri motivasi... kan indah tu.. gado tetap ada... tapi senang sangat nak baek balek.. kalau sorang down, yg lagi satu tolong naekkan smangat balek.. and vice versa.. kalau ley kekal... sampai ke tua pun akan berjalan2 berpegangan tangan.. jangan kate mustahil.. tiada lagi yg mustahil di dunia ni.. lagi2 bab luving2 neh.. basic kehidupan manusia yang smua orang akan lalui... cuma nak n x nak je..

AMOR LOVE AMOR CINTA

It'll all get better in time right? No matter how hard....

CANTEKK?????

CANTEKK?????