Tuesday, November 20, 2007

Budak Kelantan Jahat

Dari dulu lagi aku dengar sumer org ckp budak kelantan jahat. Jgn rapat ngn budak kelantan. Diorg tu depan je baik. Belakang mengata. Dpn kita, kitalah sahabat. Belakang kita, bila jumpa puak dia, terus dia tinggalkan kita mcm bangkai.
Dulu memang aku percaya. Tapi bila dah makin lama hidup, makin lama makin sedar. Takyah cakap budak kelantan lah woi. Mana2 budak dari mana2 negeri pun sama je. Aku ada kenal budak2 puaka dr negri 9. Ada dr Johor. Ada dr Perak, Melaka, Perlis, Kedah.. Mana negeri yg tkde budak puaka? bgtau aku. Mana negeri yg takde kes jenayah? Bgtau aku. tingin gak aku jumpa.
Banyak aku dengar cerita kalau cari jodoh, jgn cari org dr Kelantan. Tp kahwin ngn dr memana negeri pun, bercerai-berai jugak aku tgk. Ada yg rogol anak sendiri. Ada yg bunuh anak sendiri. Dari negeri mana? Seluruh negara!!
Takyah cakap orang dari sana jahat, situ jahat, sini jahat. Tengok balik dalam rumah sendiri, entah2 anak sendiri yg jahat, takyah sibuk mengata anak org lain. Get It?

Friday, October 5, 2007

Hargai Kekasihmu

Kita tidak mampu mencari cinta. Kita tidak mampu menemui cinta. Tapi cinta akan datang secara tiba-tiba. Dan ketika ia datang, hargailah ia. Kerana ia satu anugerah yg bukan semua insan dapat merasainya.
Kadangkala ketika kita bercinta, kita sering mencari kesilapan pasangan kita. Sering menuduh pasangan kita dengan berbagai andaian dan syak wasangka. Hentikan. Kerana ia mungkin akan menjadi satu doa sebenarnya.
"Kenapa kamu balik kerja lewat? Kamu jumpa org lain ke?"
"Satu hari nanti kamu mesti tinggalkan saya kan? Betul tak?"
"Saya asyik terfikir yang kamu akan curang kat saya"
Dan bila ia benar-benar berlaku, baru kita sedar, 'doa' itu telah dimakbulkan..
Kenapa tidak sentiasa katakan perkara yang positif?
"Kamu balik kerja lewat? Kamu jaga diri k. Semoga Tuhan memberi rezeki yang lebih pada kamu"
"Saya sentiasa yakin yang kita akan kekal selamanya"
"Saya sayang sangat pd kamu, terima kasih kerana menjadi org yg setia pd sy"
Bukankah ia lebih manis? Kata2 itu bukan shj satu harapan, tetapi juga satu doa..
Dan andaikata kekasih kita telah melakukan kesilapan, jika benar kita sayangkan dia, jgnlah jadikan kesilapan itu sebagai alasan untuk mencari lagi kesilapan-kesilapan lain. Kenapa perlu kita memandang satu kesilapan yg dia lakukan sedangkan ada sepuluh lagi kebaikan yang dilakukannya untuk kita?
Indahnya dunia jika setiap insan saling memperbetulkan kesilapan masing-masing dan sentiasa maaf memaafkan..

Thursday, October 4, 2007

Mudahkah Untuk Menemui Cinta

Seringkali kita kesali cinta yang tak mampu kita pertahankan. Seringkali kita salahkan orang lain atas sesuatu yang kita sendiri yang tak mampu lakukan.
Mungkin mudah untuk kita mencari yang lain. Tapi adakah mudah untuk kita temui org yg benar2 sesuai untuk kita? Atau adakah kita yg terlalu memilih?
Kerana kita sering mahukan yg terbaik dlm hidup, kita juga mahukan pasangan terbaik untuk hidup kita.
Ada orang yang mahu pasangannya cantik atau kacak. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih cantik atau kacak, dia mula berubah perasaannya. Ada org mahu pasangannya kaya dan berharta. Tapi bila dah dapat, jumpa yg lebih kaya dan berharta, berubah juga perasaannya.
Bukankah lebih baik kita tanam dalam hati, pasangan yg kita perlukan sebenarnya adalah org yg kita percaya dan dia juga mempercayai kita. Kita perlukan org yg jujur, samada kata2 ataupun perbuatan. Kita perlukan org yg sering membuatkan kita ketawa, dan turut bersedih ketika kita dalam kedukaan. Dan kita perlukan org yg tak pernah dan tak akan mengambil kesempatan atas kepercayaan yg kita berikan.
Andaikata ada antara kita yg telah melakukan kesilapan terhadap pasangan, jgnlah letakkan ego sebagai penghalang. Mungkin sukar untuk melafazkan maaf. Namun kata maaf itu lah sebenarnya perkataan magis yg tiada ganti.

Monday, October 1, 2007

Cinta? Too Discreet To Discuss

Kadang-kadang cinta boleh tergugat hanya kerana kita terlalu memikirkan kata-kata orang lain. Bila kawan2 kata
"Kenapa kau pilih dia? Takde org lain ke?"
-"Aku sayang dia"
"Kenapa kau pilih dia? Dia bukan hensem pun"
-"Tapi dia baik"
Tu baru dua org tanya. Kalau dah org ke sepuluh tanya,
"Kenapa pilih dia? Dahla takde duit"
-"Entah.. mungkin aku pun memang tak sesuai dengan dia..."
Kenapa mesti dengar kata orang? Kalau korang betul2 suka, sayang dgn org tu, buat apa korang nk malu? buat apa nk peduli cakap org? Kenapa sanggup korang ketepikan perasaan org yg korang syg semata-mata kerana memikirkan apa yg kawan2 korang kata?
Kalau betul korang syg, sepatutnya biar satu dunia yang menentang, korang kena tentang balik!!
Indahnya hidup bila setiap kali bangun tidur ada seseorang kat sebelah.. someone to hug.. someone to love.. someone who love us for who we are..
Namun andaikata kita adalah org yg ditinggalkan kerana kekasih kita terlalu memikirkan kata2 org lain, just leave it. Lupakan je dia. Jgn lupa apa yg i bg tau sblm ni.. masih ramai lagi insan lain kat luar tu yg lebih layak menerima cinta kita.. Yg lebih faham apa itu cinta.. yg lebih menghargai diri kita.. this world is full of love...

Sunday, September 30, 2007

Keep Moving

Yeah.. it is so true for us to keep moving.. kadang-kadang kita rasa kita susah nk tinggalkan seseorang tu sebab kita rasa dia lah yg terbaik. Dia lah yg mampu membahagiakan kita walaupun teruk hati kita dilukakan, still kita anggap tak ada orang yg boleh bahagiakan kita lebih dari dia.
What? it's so unfair. Buka mata, buka hati, sebenarnya ramai lagi insan yang lebih baik. Ramai lagi insan yang faham apa itu cinta. Ramai lagi insan yang boleh menghargai apa yg kita lakukan.
Kenapa perlu kita pujuk hati kita sendiri supaya sentiasa memaafkan kesalahannya? Kenapa tidak kita pujuk hati kita untuk memberi peluang mencari kebahagiaan yang sebenar?
Betapa luas alam ini diciptakan oleh Tuhan. Explore!!!

Saturday, September 29, 2007

I Can Give You More Love Than Your Wife Can Give

Hahaha..
Is it? Tp I cuma bg love je la.. Sbb org bukannya tahu pun betul ke cinta tu cinta yg ikhlas atau cinta yang berhasrat.. maksud nya is my love for real? Atau hanya untuk mengisi kekosongan di hati? Atau hanya untuk membalut kelukaan? Atau kerana harta? Atau ia benar-benar cinta?
Kenapa manusia masih tak puas dengan adanya satu cinta dalam hati? Mengapa manusia masih mengharap ada cinta yang lain? Mengapa manusia masih mengejar cinta yang lain?
Mungkin atas kerana nafsu. Mungkin kerana tamak. Mungkin kerana boleh rasa 'I feel that I'm So Hot'.. Chanteknyer aku.. Hensemnye aku..
Kerana mengejar cinta, manusia sanggup berbohong. Berbohong atas nama Tuhan pun ada. "Sumpah awak takde org lain? Lillah?"
"Sumpah, Lillah, saya takde org lain"
Padahal..
Tidakkah mereka terfikir betapa malunya diri, hinanya diri kerana bersumpah atas nama Tuhan hanya kerana mahu menutup pembohongan untuk mengejar cinta.
Teringat pada kisah awal kejadian manusia.. Iblis memujuk Adam dan Hawa supaya memakan buah Quldi yang terlarang. Adam dan Hawa menolak. Namun Iblis berjaya memujuk Hawa agar mengajak Adam supaya turut merasa buah larangan tersebut.
Iblis berkata "Aku bersumpah atas nama Allah yang aku tidak berbohong. Makanlah buah ini dan kamu akan lebih bahagia di syurga"
Dan apabila mereka dicampakkan ke muka bumi, Hawa merintih memberitahu Adam, "Aku seakan tidak percaya ada makhluk yang berani bersumpah dengan nama Tuhan atas satu pembohongan."
Jadi sebenarnya, berapa ramai lagi sebenarnya manusia yang kini seberani Iblis Laknatullah.. yang berani bersumpah dengan nama Tuhan atas pembohongan demi pembohongan?
Fikir-fikirkan...

Monday, September 3, 2007

Hidden Genders

Baru tadi i tgk national geographic pasal pondan-pondan nih.. now i knew how high the hijras(maknyah) level in india long time ago.


Tp disebabkan kedatangan british, segala kemudahan yang ditawarkan pada para hijras ditarik balik. hijras kini tak lebih dari peminta sedekah, penari dan pelacur. so sad. maybe org kat luar sana yang dilahirkan sebagai lelaki sebenar atau perempuan sebenar menganggap isu ini sebagai isu jijik. namun pernahkah kamu semua terfikir to be in our shoes is not as easy as u think?
Pondan di Malaysia dianggap tidak membantu hierarki pertumbuhan ekonomi masyarakat. who said that. let me slap u first b4 i tell u why. Hampir 80% jurusolek di Malaysia adalah pondan. what. wanna tell me yg tak drag tu bukan pondan? as u wish. tp sah-sah diorang tu suka jantan jugak kan? hihihi..

Friday, July 13, 2007

Amor Love Amor Cinta

Hello sumer!! This is my very first blog.. sambil dengar lagu umbrella frm rihanna, bestnyer!!
erm.. Ari ni baru nak start tulis skrip "Kisah Kaisara" episod 7. Penat giler. Nasib baik episod 1 sampai episod 6 dah siap. Jangan lupa tengok tau?
ha, hari tu korang tgk tk citer "Puteri" episod "Serupa Cuma Tak Sama"? Cantik ke tidak?
Atas ni, masa Puteri jadi Farah Aliya. Kita la yg wat skrip tu. Best tak? Pas ni, kalau korang ada kisah hidup yang best, tk kira kelakar ke, sedih ke, citer la kat kita, nanti kita wat skrip, kita anta kat production house. Mana lah tau kalau dioarng suka, insyaAllah.. Why not..

AMOR LOVE AMOR CINTA

It'll all get better in time right? No matter how hard....

CANTEKK?????

CANTEKK?????