Saturday, August 30, 2008

SHUFFLE!!

ni video budak kecil shuffle.. hebat dowh.




yg ni lak bapok comel shuffle.. jgn marah mak taw nok.. ni by demand.. hohoho


Wednesday, August 13, 2008

SAMAN STUDENT??!!

Eh, ni.. mak dengar2 khabar, dah mula ada kes saman menyaman student pasal kes video CEMOLOT yg diorang masukkan dlm Youtube tu.. atas alasan tak dapat kebenaran aswara. maknanya, mak tak dapat la nk masukkan video arahan mak yang bertajuk Jangan Pandang Wali Pontianak tu! tak paham tul la, klau aswara tknak student diorang post movie dlm internet, cuba usaha sikit adakan satu website khas yg boleh upload semua hasil kerja student. ini tak. dilarang upload sendiri, tapi tkde usaha nk menyelesaikan masalah. bukanlah mak kata semua short film budak aswara tu bagus, ada juga yang binatang haram jadah punya citer pun ada, tapi at least diorang tu ada usaha gak nak menyemarakkan saingan sekolah2 seni ni. tul tak. dah la, mak letih la.. esok nak bangun kul 5 pg nok!! Rengsa!!

Thursday, July 24, 2008

IKLAN GARNIER; FUSHO SUNDHO..



HAAA!! INILA SHORT MOVIE ARAHAN PERTAMA MAK!! DIBINTANGI OLEH PELAKON TERKENAL TANAHAIR, FUSHO SUNDHO.. MWUAHAHAHAHA!!!
NYAH!! KLAU TK SUKA TGK, ADA AKU KESAH????? DUUUUUU

Wednesday, July 23, 2008

NERAKA DUNIA

NYAH!! WHAMSS.. LAMA DOWH TK BUKAK BLOG NIH. BILE AKU BACA BALIK SUMER BLOG YG AKU ANTA, JIWANG NYEW!! GELI PULAK BILA BACA NYAH!!
EH! TETIBA TERDENGAR LAK CITER PASAL PONDAN KT 360 TV3. WARTAWAN TU TANYA; "KENAPA PONDAN2 NI MELACUR, ANAK SIAPAKAH MEREKA.. KENAPA DIBIARKAN ANAK2 MEREKA MELACUR DI JALANAN" KATANYER.. GITEW... CEPAT2 MAK TONTON..


(mak cari muka wartawan tu tk jumpa, tp iras dia ni la..)

EH2.. PANDAINYA WARTAWAN TU.. (ATAU BODOHNYA!!) HABIS TU, YG JANTAN2 DOK LANGGAN MAKNYAH TU NAPE TAK DITANYA? KENAPA TANYA MAK NYAH2 TU JE? JANTAN2 TU TAKDE MAK BAPAK KE? NAPE TANYA MAKNYAH2 PUNYA MAK BAPAK JE? SAH2 MAKNYAH2 TU SUMER TAU APA DIORANG BUAT. YANG PENTING ANAK2 IKAN TU, BARU UMUR 14 TAHUN DAH PANDAI MELANGGAN MAKNYAH NOK.. NAK KATA APA? MANA MAK BAPAK DIORANG YG DOK MENGATA MAKNYAH TU??? SEDAR TK ANAK KORANG AMBIK DUIT KORANG, PEGI MELANGGAN MAKNYAH?? PASTU KORANG DGN SUKA2 HATI MENGATA MAKNYAH SUKA MELACUR LA, APA LA. KALAU TKDE PELANGGAN, TKDE LA PENJUAL, CELAKA!! BINGAI TUL LA DIORANG NI. PANAS NIH!! MEREDAP TGK RENCANA SATU HALA NI. BILA REVIEW PASAL MAKNYAH, MESTI CARI YG MELACUR. MACAM TKDE MAKNYAH YANG BERJAYA LANGSUNG. CUBA JUMPA MAKNYAH YG BUKAK SPA TU, BUKAK BUTIK PENGANTIN TU. BARU ADA PEDOMAN KAT MAKNYAH2 LAEN!! BARU LA ADIK2 YG BARU NAK JADI TU, TAK BERIA NAK MELACUR SBB PENGARUH MAJALAH 3, NONA, 360, EDISI SIASAT, JANGAN TIDUR LAGI (azwan ali tu; cuba bukak je pekung- tunjuk ko tu pondan berjaya!!) APA NAMA PROGRAM TV LAGI? INI TAK, CARI MAKNYAH LORONG, BUKAK AIB, LEPAS TU SUMPAH SERANAH.. MESTILAH MAKNYAH2 YANG MASIN MULUT TU SUMPAH ANAK2 KORANG JD MAKNYAH JUGAK!! PASTU BILA MAKNYAH DALAM MALAYSIA NI BERTAMBAH, SALAHKAN SANA, SALAHKAN SINI. CUBA TGK MUKA SENDIRI DULU BARU SALAHKAN ORG LAEN. CAM SIAL NERAKA DUNIA CIPTAAN MANUSIA NIH.. HUH.. PANAS NIH!!

Sunday, May 4, 2008

PEREMPUAN

"Perempuan..

tidak dicipta dari tapak kaki untuk dijadikan alas,

tidak juga dari kepala untuk disanjung

,tetapi dari rusuk kiri dekat dengan tangan untuk dilindungi

&

hampir dengan hati untuk disayangi.."

Tuesday, November 20, 2007

Budak Kelantan Jahat

Dari dulu lagi aku dengar sumer org ckp budak kelantan jahat. Jgn rapat ngn budak kelantan. Diorg tu depan je baik. Belakang mengata. Dpn kita, kitalah sahabat. Belakang kita, bila jumpa puak dia, terus dia tinggalkan kita mcm bangkai.
Dulu memang aku percaya. Tapi bila dah makin lama hidup, makin lama makin sedar. Takyah cakap budak kelantan lah woi. Mana2 budak dari mana2 negeri pun sama je. Aku ada kenal budak2 puaka dr negri 9. Ada dr Johor. Ada dr Perak, Melaka, Perlis, Kedah.. Mana negeri yg tkde budak puaka? bgtau aku. Mana negeri yg takde kes jenayah? Bgtau aku. tingin gak aku jumpa.
Banyak aku dengar cerita kalau cari jodoh, jgn cari org dr Kelantan. Tp kahwin ngn dr memana negeri pun, bercerai-berai jugak aku tgk. Ada yg rogol anak sendiri. Ada yg bunuh anak sendiri. Dari negeri mana? Seluruh negara!!
Takyah cakap orang dari sana jahat, situ jahat, sini jahat. Tengok balik dalam rumah sendiri, entah2 anak sendiri yg jahat, takyah sibuk mengata anak org lain. Get It?

Friday, October 5, 2007

Hargai Kekasihmu

Kita tidak mampu mencari cinta. Kita tidak mampu menemui cinta. Tapi cinta akan datang secara tiba-tiba. Dan ketika ia datang, hargailah ia. Kerana ia satu anugerah yg bukan semua insan dapat merasainya.
Kadangkala ketika kita bercinta, kita sering mencari kesilapan pasangan kita. Sering menuduh pasangan kita dengan berbagai andaian dan syak wasangka. Hentikan. Kerana ia mungkin akan menjadi satu doa sebenarnya.
"Kenapa kamu balik kerja lewat? Kamu jumpa org lain ke?"
"Satu hari nanti kamu mesti tinggalkan saya kan? Betul tak?"
"Saya asyik terfikir yang kamu akan curang kat saya"
Dan bila ia benar-benar berlaku, baru kita sedar, 'doa' itu telah dimakbulkan..
Kenapa tidak sentiasa katakan perkara yang positif?
"Kamu balik kerja lewat? Kamu jaga diri k. Semoga Tuhan memberi rezeki yang lebih pada kamu"
"Saya sentiasa yakin yang kita akan kekal selamanya"
"Saya sayang sangat pd kamu, terima kasih kerana menjadi org yg setia pd sy"
Bukankah ia lebih manis? Kata2 itu bukan shj satu harapan, tetapi juga satu doa..
Dan andaikata kekasih kita telah melakukan kesilapan, jika benar kita sayangkan dia, jgnlah jadikan kesilapan itu sebagai alasan untuk mencari lagi kesilapan-kesilapan lain. Kenapa perlu kita memandang satu kesilapan yg dia lakukan sedangkan ada sepuluh lagi kebaikan yang dilakukannya untuk kita?
Indahnya dunia jika setiap insan saling memperbetulkan kesilapan masing-masing dan sentiasa maaf memaafkan..

AMOR LOVE AMOR CINTA

It'll all get better in time right? No matter how hard....

CANTEKK?????

CANTEKK?????